Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

sekaligus


dah hampir sebulan kita berpuasa. esok lusa dah nak masuk bulan Syawal. hurmmmm...kejap je kan masa berlalu. esok2 dah tua. uhuk2. gambar kat atas ni time buka posa sama2 kat hydro hotel. time ni bawak sekali incik ikut temankan sy. ngeri aihhh nak balik sorang2. demi kawan2, gagahkan diri gak jejak tempat ni. apa2 pun best la jugak. menu cam biasa2 saja tapi sedapp. ok la tu kan. harga pun best jugak.

sebelum pi iftar ngan kawan2...kat sekolah petang tu ada appointment ngan encik lim ni. dia nak mai buat penyelenggaraan untuk internet sekolah. owhhhh...sy baru tau wifi tu orang lain yang set. ingatkan sekali harung. okay pas cuti raya ni sy pi cari orang itu. encik lim ganti modem baru dan ajar sikit2 pasal networking ni. sy macam biasa buat muka blur kalau dia tak sabar mungkin dia akan hempuk sy ngan modem yg dia duk godek2 tu. hahaha...serius memang blur sebab ni bukan bidang tugas sy mana la sy tau bebenar!!!


isnin lepas temankan mun2 pi cari baju raya kononnyaaaa. pusing2 kat tempat yang sama..tapi hampeh apa pun tak bleh. hahaha. jamu mata je la kan. itu je la yang ada.

saja suka2 nak snap gambar buku ni


ok la last sekali...tenkiu sebab bagi kek yang sedap ni. SELAMAT HARI RAYA KAWAN2 SEMUA!!!!

Sunday, August 21, 2011

kenangan paling indah untuk dikenang

bermula dengan kawan di tempat kerja. sekadar tegur hi2 saja. lama2 makin rapat disebabkan fb. makin lama makin baik dan semakin baik sangat2. terima kasih dikurniakan rakan2 yang baik seperti mereka. bersyukur kerana dapat merasa susah-payah bersama2. masing2 tahu dan cuba sebaik mungkin untuk diri masing2. alhamdulillah ni la nikmat berkawan yang perlu dijaga sampai bila2. kawan2 yang ada akan datang dan pergi, hakikat yang perlu kita terima. tapi sekurang2nya kita boleh buat kawan2 di sekeliling senyum ketawa bersama2. itu sudah memadai bagi diri sy. walau apa pun cabaran dugaan yang kena hadapi sekurang2nya ada kawan2 di sekeliling boleh buat kepala yang serabut jadi makin ringan.





sy sayang sayang2 sy semua...sy saaaaaaaaaaaaaayaaaaang sgt awak...awak...awak dan awak semuaaaaa ♥



Sunday, July 10, 2011

wedding farah


tahniah farah & pasangan. doakan yang terbaik untuk farah & pasangan. hepi sangat dapat jumpa kawan2 sekolah rendah. thanks sebab masih ingat lagi ngan aku ni. hehe.

"The sweetness of sharing a dream made for two is one life's greatest treasures. Wishing you both much happiness and a wonderful life"