******
Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.
******
Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
******
Menghabiskan masa dengan karya noor suraya 2002. Baru mengenali karya-karyanya sejak tahun lepas. Mungkin agak terlewat daripada kalian yang dah bertahun-tahun mengikuti perkembangan beliau. Indah bahasanya tetap terselit nasihat untuk si pembaca. Hati tetap tersentuh dengan gaya pengupasannya yang bersahaja tetapi mendalam maknanya.
Jom baca lagi ;)
(cikgu tak bizi kan sempat baca buku. Ye la tu! Baca memang rutin seorang guru. Apa saja yang boleh dihadam sebagai pengetahuan semasa akan diambil. Katalah apa saja, asalkan diri mendapat manfaat)
No comments:
Post a Comment