Saturday, August 20, 2011

salam...lama tak jenguk

lamanya tak menulis kat sini.
sesekali datang jenguk tapi tak da idea nak tulis apa. nak aktif balik menulis sekurang2nya hilang rasa tension dengan kerja yang tak pernah nak abis.
dah masuk puasa yang ke berapa ya hari ni? sekejap sahaja masa berlalu kan. esok2 dah nak menjelma 1 Syawal. alhamdulillah diberi peluang untuk merasai semuanya. nikmat dan kurniaan Allah pada saya sekeluarga telah ditarik balik. dugaan untuk kami sekeluarga. walau bagaimanapun, hidup kami semua perlu diteruskan. syukur kami masih mampu untuk menghadapinya walaupun di awal2 dulu asyik berlinangan air mata. sampaikan nak menulis di sini pun rasa sakit sangat2. sekiranya ada kekuatan, sy akan tulis di sini sebagai memori terindah dan pengajaran terbaik untuk diri sy dan keluarga.
sy rindu nak menulis macam tahun sebelum2 ni. sy cuba dan cuba mendisiplinkan diri menulis sebanyak yang mungkin. biarlah apa orang nak kata. yang penting sy tak kacau sesiapa pun. sy tak minta apa2 pun. kalau tak suka cuma click button close, habis cerita. pohon sangat2 tak perlulah cerita lanjut2 di luar alam maya ni. sekadar luahan bukan untuk dibincang kat mana2 sekali pun. tungguuuuu...sy nak cari semangat yang hilang bertahun2 tinggal dunia menulis ni

No comments:

Post a Comment